Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer yang berkod BMM 3053 ini menjelaskan penggunaan Internet, pemilihan bahan Internet, laman web, dan tapak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara online; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan Internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Tajuk Tugasan Mingguan
Arahan: "Sila siapkan tugasan mingguan yang dimuatkan dalam blog ini dan muat naik dalam blog masing-masing. Pastikan anda juga menyimpan bahan atau maklmat yang dimuat naik disimpan dalam folder kursus dalam cakera keras, cakera liut dan google drive anda. Markah akan diberikan untuk setiap tugasan mingguan yang disiapkan. Syabas atas daya usaha dan komitmen anda."
______________________________________________
Sila klik rangkaian pada ruangan minggu untuk membuka tugasan.
Sila klik rangkaian pada ruangan minggu untuk membuka tugasan.
Minggu
|
Tajuk Tugasan
|
Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu. Senaraikan 10 enjin pencari dan muatkan dalam blog anda. |
|
Berdasarkan topik
mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang telah diagihkan, sila cari bahan
yang sesuai dan simpan dalam blog anda. Empat jenis bahan boleh dimuat turun
iaitu bahan audio, video, teks dan grafik.
Sila simpan bahan
dalam bentuk:
i. Fail internet
ii. Katalog
internet
|
|
Aplikasi Garis
Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Sila muat turun
Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk
brosur dan powerpoint. Seterusnya muat naik panduan tersebut ke dalam blog
anda.
|
|
Internet
merupakan pustaka maya yang sangat besar, tiada had dan titik penghujungnya.
Guru mesti bijak menggunakan kemudahan ini untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Empat jenis bahan yang boleh digunakan terdiri daripada bahan
audio, video, teks dan grafik. Sila sediakan bahan-bahan yang sesuai untuk
pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 serta topik yang sudah
diagihkan. Tugasan merupakan persediaan untuk membuat rancangan pengajaran
menggunakan tapak pembelajaran pada minggu hadapan.
i. 10 bahan audio
ii. 10 bahan video
iii. 10 bahan teks
iv. 10 bahan grafik
|
|
Membina dan
Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Prosedur pembinaan
tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Prosedur pembinaan
laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu
Membina dan menggunakan
tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
Membina dan menggunakan
pakej Tutorial Pembelajaran.
Membina tapak
pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah: Frog VLE.
|
|
Membina
dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
Membina
perpautan dan penyusunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.
|
|
Mengaplikasikan
Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu
|
|
Pengajaran
Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
|
|
Mengedit Bahan
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan
Kad pengumuman
|
|
Membina Bahan Video
dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
|
Minggu 10 - Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
______________________________________________
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.
Proses pembinaan video dalam pengajaran kemahiran bahasa mempunyai perancangan tertentu seperti penentuan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai untuk penggunaan bahan video dan audio. Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu:
Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan, hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.
Kemahiran berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran iatu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambil kira kemahiran berbahasa ini sebelm membina bahan video dan audio. Hal ini demikian kerana sekiranya pengajaran dan pembelajaran pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebagai bahan bantu mengajar pada hari itu kerana perkara tersebut adalah tidak relevan.
Prinsip pembinaan bahan video dan audio
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Kita perlu membuat penilaian yang tepat tentang bahan audio visual yang boleh dan tidak boleh dipilih untuk disimpan. Asas pemilihan bahan audio visual perlulah memenuhi kriteria berikut:
Terdapat lima elemen atau teknologi utama dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. selain itu, interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas, elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks penting dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.
Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat
Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian
Pastikan teks dapat dibaca dari jarak yang sesuai
Pemilihan jenis tulisan dan warna teks perlu bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan
Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparanvisual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Sebagai contoh, maklumat padat yang berbentuk grafik madapat disampaikan dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan. Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian murid terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Penggunaan elemen video dan audio
Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Penggunaan video dan audio dalam membina bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Sering kali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan.
Panduan menggunakan elemen video dan audio
Video dan audio merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realitistik berbanding elemen-elemen multimedia yang lain. Video dan audio berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat serta perasaan dan emosi murid dengan lebih nyata.
Panduan menggunakan elemen animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar lebih kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya yang bersifat statik. Hal ini untuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian di samping memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian murid difokuskan kepada isi kandungan pengajaran yang ingin disampaikan. Selain itu, animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan dinamik bagi membolehkan proses membuat perkaitan mengenai sesuatu konsep yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda murid dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka.
Membina bahan video dan audio
Membina bahan video
Memuat turun video daripada internet
Simpan video dalam satu folder
Seterusnya, buka perisian movie maker
Masukkan video yang telah dimuat turun daripada internet ke dalam perisian movie maker
Masukkan audio atau rakaman suara sebagai bahan pengajaran dalam menyediakan video pembelajaran
Gerakkan audio atau rakaman suara yang sesuai dengan watak dalam video yang digunakan
Masa audio atau rakaman suara dapat diselaras mengikut masa video yang hendak dimainkan menggunakan timeline
Masukkan teks dalam video melalui "caption"
Masukkan tajuk video pembelajaran
Masukkan animasi dan video effect
Masukkan sound effect atau muzik permulaan
Penggunaan video dalam pengajaran Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Membina bahan audio
Kebiasaannya format file yang digunakan adalah seperti:
- AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)
Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.
Kebiasaannya format file yang digunakan adalah seperti:
- AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)
Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.
- MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)
Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.
- MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)
Format yang boleh diterima pakai diseluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.
- SND/Sound
Format fail yangtelah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.
- WAVE/ WAV
Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
- SUN AUDIO/ AU
Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.
Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.
- MPEG (Moving Picture Experts Group)
Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.
Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.
- Format file lain yang digunakan seperti WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2
Minggu 9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
______________________________________________
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkaitrapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian atau penambahbaikan.
Prosedur pengeditan boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.
Terdapat pelbagai perisian dalam internet. Antaranya ialah :
- ZOHO https://docs.zoho.com/jsp/index.jspb.
- Google Docs https://docs.google.com/#homec.
- 280 Slideshow http://280slides.com/Editor/
- Brochur Maker http://www.mybrochuremaker.com/projects/edit/76898/1
PROSEDUR MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN ATAS TALIAN
Langkah yang pertama ialah dengan membuka laman web.
Contohnya, kita membuka laman web Brochur Maker. http://www.mybrochuremaker.com
Kemudian, bagi yang pertama kali membukanya, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang ‘sign up’.
Kemudian, bagi yang pertama kali membukanya, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang ‘sign up’.
Masukkan alamat email dan juga kata kunci anda.
Apabila pendaftaran telah selesai, anda perlu menulis tajuk projek dalam kotak yang disediakan dan seterusnya tekan butang ‘create new’.
Kemudian, anda boleh memilih tema dan layout yang ingin digunakan.
Anda boleh mula mengedit bahan yang ingin dimasukkan ke dalam brosur anda.
Setelah proses mengedit bahan telah selesai dilakukan, anda boleh menyimpannya dengan
menekan butang ‘save’. Anda boleh menamatkan proses ini dengan menekan butang ‘exit’.
Subscribe to:
Posts (Atom)