Layarilah Lautan Ilmu!

Minggu 1 - Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu

Minggu 1

Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu


Enjin carian merupakan sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci bagi membantu mendapatkan maklumat dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web (www). 

Di internet, terdapat pelbagai pembekal maklumat yang boleh dijadikan sebagai enjin pencari. Pembekal-pembekal maklumat ini kebanyakannya membekalkan maklumat yang hampir sama iaitu berkaitan dengan teks, video, audio, grafik dan sebagainya.

Cara enjin carian ini berfungsi apabila anda menaip kata kunci ‘makanan tempatan’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. 

Apabila kata kunci ‘makanan tempatan’ dijumpai, maka laman web yang mengandungi maklumat mengenai ‘makanan tempatan’ akan dipamerkan.

Walau bagaimanapun, sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja manakala sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. 


Cara mendapatkan maklumat
· Mengenalpasti tajuk.
· Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
· Memilih enjin pencarian yang tepat.
· Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai.
· Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.


Contoh Enjin Pencari

1. Google: www.google.com

Carian Google atau Google Search merupakan laman sesawang enjin gelintar yang dimiliki oleh syarikat Google dan merupakan laman carian paling kerap digunakan di Web. Google menerima berjuta-juta pertanyaan oleh para pengguna setiap hari melalui pebagai perkhidmatan yang disediakan. Tujuan utama Carian Google didirikan adalah untuk mencari maklumat melalui laman web. 

Google Search menyediakan sekurang-kurangnya 22 ciri-ciri istimewa yang melebihi kemampuan carian perkataan asal. Ini termasuk sinonim, ramalan kajicuaca, zon waktu, maklumat harga saham, peta, data gempa bumi, masa tayangan filem, lapangan terbang, penyenaraian rumah dan markah dalm acara sukan. Terdapat juga ciri-ciri khas bagi nombor seperti julat, harga, suhu, penukar unit/matawang, pengiraan, pakej menjejak, paten, kod kawasan dan terjemahan bahasa dipaparkan pada halaman.




2. MSNwww.msn.com

Microsoft Network atau MSN adalah portal carian internet yang dimiliki oleh Microsoft. Dilancarkan pada 24 Ogos 1995, MSN dapat beroperasi dengan sistem operasi Windows 95, Windows 98, Windows 2000, Windows XP dan Windows Vista. MSN terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Hotmail, Windows Messenger, My MSN dan Download IE8. MSN kini tersedia dalam semua bahasa di dunia.




3. Yahoo! www.yahoo.com




4. Bing www.bing.com



5. Askwww.ask.com




6. HotBotwww.hotbot.com


7. Dogpilewww.dogpile.com


8. Lycoswww.lycos.com





10. DuckDuckGohttp://duckduckgo.com



Enjin pencari biasa dilihat pada:
• Internet : Terletak pada kotak pencari pada enjin pencari
• Intranet : Terletak pada pencari dalam laptop mahupun komputer (home)
• Microsoft Word : Terletak pada halaman Word (find)
• Laman Internet : Terletak dalam laman web ataupun blog




Sumber Rujukan

Anak Sabah (2010). Apakah Maksud Enjin Carian? Dimuat turun daripada     http://canselorkomunikasi.blogspot.com/2010/10/apakah-maksud-enjin-carian.html pada 14 Januari 2015.

Anizah Aslam (2012). Tajuk 1: Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu. Dimuat turun daripada http://anizaiptho.blogspot.com/2012/09/tajuk-1-penggunaan-enjin-pencari-bahan.html  pada 14 Januari 2015.

Cik Tom (2011). Apa Itu Enjin Carian? Maklumat Mudah Mengenainya. Dimuat turun daripada http://www.ciktom.com/tag/contoh-enjin-carian/ pada 14 Januari 2015.



Fiza Nina (2010). Contoh Enjin Carian. Dimuat turun daripada     fizanina.blogspot.com/2010/07/enjin-carian.html pada 14 Januari 2015.

No comments:

Post a Comment