Layarilah Lautan Ilmu!

Minggu 3 - Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

Sila muat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk brosur dan powerpoint. Seterusnya muat naik panduan tersebut ke dalam blog anda.


 GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


Etika Komputer merupakan bidang yang menjadi panduan untuk penggunaan komputer yang betul dalam usaha menjamin hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian dalam era teknologi maklumat dan komunikasi yang meledak ini.

Dalam usaha menjayakan tugasan ini, garis panduan dan etika penggunaan Internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat, Google. 


Brosur

Langkah 1: Pada menu Start, pilih kekunci Microsoft Office. Klik pada ikon Microsoft Publisher.




Langkah 2 : Klik pada ikon Brochures di File.

                                   


Langkah 3: Setelah paparan Microsoft Publisher keluar, pilih jenis templat brosur yang sesuai.

        


Langkah 4: Masukkan maklumat dalam templat brosur yang anda pilih tadi. Hiaskan brosur tersebut mengikut kreativiti anda dengan kesesuaian bahan. 

                                 



Langkah 5: Klik pada ikon Save setelah anda selesai menghasilkan dan mengedit brosur tersebut. 




Powerpoint


Langkah 1: Klik pada ikon Microsoft Powerpoint



Langkah 2: Pilih latar belakang yang sesuai dan menarik dengan klik pada ikon Design.




Langkah 3: Pilih rekaan huruf dan warna yang sesuai dan boleh dilihat dari jauh. Saiz huruf yang jelas dilihat sekurang-kurangnya saiz 22. 




Langkah 4: Jika anda ingin buka slaid baru, anda boleh klik pada ikon Home dan klik pada ikon New Slide.


                           
Langkah 5: Ulang langkah 2 dan langkah 3 sehingga anda selesai memasukkan semua maklumat.








Langkah 6: Klik pada ikon Save setelah semua kerja telah selesai.


Minggu 2 - Kemasyarakatan

Minggu 2

Berdasarkan topik mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang telah diagihkan, sila cari bahan yang sesuai dan simpan dalam blog anda. Empat jenis bahan boleh dimuat turun iaitu bahan audio, video, teks dan grafik.


Sila simpan bahan dalam bentuk:

i. Fail internet
ii. Katalog



Tema: Kemasyarakatan
Tajuk: Kepentingan Perpaduan antara Kaum


i. Fail Internet
Fail internet merupakan penyimpanan laman sesawang yang telah kita lawati untuk kegunaan pada masa yang akan datang. 


Bahan Video

1. Suatu Kisah tentang Perpaduan
https://www.youtube.com/watch?v=Wv-unP98JpQ


Bahan Teks
1. Masyarakat Penyayang
http://mazlansaleh.blogspot.com/2010/01/masyarakat-penyayang.html

2. Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/

3. Kepelbagaian Budaya Memupuk Keharmonian

http://mycrazyw0rld-hookeong.blogspot.com/2011/04/kepelbagaian-budaya-memupuk-keharmonian.html


Bahan Grafik

1. Masyarakat Majmuk
http://drsir.blogspot.com/2012/07/mpw-1133-pengenalan-masyarakat-malaysia.html

2. Masyarakat Berbilang Kaum
https://shafiqolbu.wordpress.com/tag/masyarakat-berbilang-kaum/



ii. Katalog internet


Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet dan fail internet. Hal ini demikian kerana katalog mempunyai tajuk, alamat laman (URL), dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog internet, seseorang pengguna internet dapat mengetahui isi kandungan laman tersebut daripada sinopsis yang dipaparkan.

Tajuk 1 Definisi Masyarakat Penyayang
URLhttp://smkashoaw.tripod.com/definisi.htm
Sinopsis
Masyarakat penyayang adalah sekumpulan manusia yang  yang hidup bersama dalam sesuatu tempat dengan peraturan-peraturan dan cara-cara tertentu yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam diri dan mengasihi akan yang lain. 


Tajuk 2 Kepentingan Masyarakat Penyayang
URLhttp://farihinzul1974.blogspot.com/2010/10/kepentingan-masyarakat-penyayang.html

SinopsisPembentukan masyarakat yang penyayang akan memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.


Tajuk 3 Keunikan Makanan Di Malaysia
URLwww.youtube.com/watch?v=aXPvNrb_JU
Sinopsis
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai makanan istimewa terutama hidangan tradisional yang terdapat dalam budaya setiap kaum. Ia menjadi  sebahagian keunikan dan identiti bagi mengenali sosial dan budaya sesuatu masyarakat di negara ini dengan lebih mendalam.