GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
Etika Komputer merupakan bidang yang menjadi panduan untuk penggunaan komputer yang betul dalam usaha menjamin hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian dalam era teknologi maklumat dan komunikasi yang meledak ini.
Dalam usaha menjayakan tugasan ini, garis panduan dan etika penggunaan Internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat, Google.
Brosur
Langkah 1: Pada menu Start, pilih kekunci Microsoft Office. Klik pada ikon Microsoft Publisher.
Langkah 2 : Klik pada ikon Brochures di File.
Langkah 3: Setelah paparan Microsoft Publisher keluar, pilih jenis templat brosur yang sesuai.
Langkah 4: Masukkan maklumat dalam templat brosur yang anda pilih tadi. Hiaskan brosur tersebut mengikut kreativiti anda dengan kesesuaian bahan.
Langkah 5: Klik pada ikon Save setelah anda selesai menghasilkan dan mengedit brosur tersebut.
Powerpoint
Langkah 1: Klik pada ikon Microsoft Powerpoint
Langkah 2: Pilih latar belakang yang sesuai dan menarik dengan klik pada ikon Design.
Langkah 3: Pilih rekaan huruf dan warna yang sesuai dan boleh dilihat dari jauh. Saiz huruf yang jelas dilihat sekurang-kurangnya saiz 22.
Langkah 4: Jika anda ingin buka slaid baru, anda boleh klik pada ikon Home dan klik pada ikon New Slide.
Langkah 5: Ulang langkah 2 dan langkah 3 sehingga anda selesai memasukkan semua maklumat.
Langkah 6: Klik pada ikon Save setelah semua kerja telah selesai.