Layarilah Lautan Ilmu!

Minggu 7- Aplikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
______________________________________________

Teori Pemprosesan Maklumat R. M. Gagne

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.




Bengkel Model Pembinaan Pemprosesan Maklumat

Model Pemprosesan Maklumat (The Information Processing Modelmerupakan model yang paling utama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer.  Model yang dibangunkan ini adalah untuk memberikan ingatan kepada pengguna melalui teknologi komputer dan bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Namun demikian, perlu kita sedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.  Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih sulit berbanding dengan komputer.  


Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat
i. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
ii. Pengaliran maklumat dua hala
iii. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
iv. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.


Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
i. Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. 
ii. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
iii. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. 


Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')
i. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. 
ii. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. 
iii. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali. 


Model pemprosesan maklumat merupakan model yang paling utama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Model yang dibangunkan ini adalah untuk memberikan ingatan kepada pengguna melalui teknologi komputer.




Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak pembelajaran.



Guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara menggunakan tapak pembelajaran kepada murid kerana hal ini mampu membantu murid mengingati bagaimana tapak pembelajaran itu digunakan dan memanfaatkan penggunaan tapak pembelajaran tersebut dalam proses penerokaan ilmu pengetahuan.


Berikut merupakan contoh-contoh tapak pembelajaran bersifat tutorial.


1. http://skora.com.my/


2. http://www.tutor.com/
















Cara penggunaan tapak pembelajaran :

Langkah 1 :
Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan guru bagi sesi P&P .



Langkah 2 :
Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank Soalan di mana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah. Contohnya :





Langkah 3 :
Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu.



Langkah keempat:
Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas dua pula mengenai esei. Sebagai contoh seperti di bawah:



Langkah kelima:
Soalan akan berbentuk PDF format seperti di bawah:

Minggu 6- Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

______________________________________________



Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam powerpoint, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.



Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.

Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu alamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.





Struktur hierarki dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.  Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:






Struktur komposit ialah struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.  Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan. Setiap laman yang diakses akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan  Contoh urutan perpautan bagi struktur komposit:





Struktur linear merupakan sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja. Contoh urutan perpautan bagi struktur linear:





Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.  Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.

Struktur rangkaian menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel. Contoh urutan perpautan bagi struktur rangkaian:




Membina perpautan dan penyusunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.
______________________________________________


Tapak Pembelajaran


Tutorial Pembelajaran